Image captured from the Empire Hotel and Country Club, Brunei Darussalam |
Tadi Subuh, aku bermimpi sesuatu yang amat ganjil. It goes like this :
Waktu tu, aku dan adikku bersama beberapa orang yang tidak aku kenali, sedang berada di tepi lautan. Kami sedang menyaksikan matahari yang sedang terbenam perlahan-lahan. Memang suasana pada waktu itu amat indah. Langit yang kekuning-kuningan dan dihiasi oleh awan yang berwarna keungguan dan kelabu. Keadaan laut pun tenang. Tiada gelora.
Sedang matahari itu berada hampir dengan horizon, tiba-tiba ia berhenti. Lalu terus naik semula ke langit dengan lajunya. Kami semua terperanjat. Dan pada masa yang sama, bulan sabit turun dengan lajunya ke horizon. Keadaan mula kecoh. Kedengaran suara-suara orang berteriak, "Kiamat!" Dengan tidak semena-mena, kami terus melarikan diri apabila melihat ombak mula mengejar dari tengah lautan.
Aku dan adikku turut berlari sekuat hati kami bersama orang ramai... And somehow, we both managed to escape from the wave. Selepas itu, aku tidak ingat apa yang terjadi... Sebab aku dah terbangun.
No comments:
Post a Comment