Wednesday, May 23, 2012

Di Wajah Itu

Hari ini merupakan hari terakhir bagi para penuntut Tahun 9,10 dan 11 untuk menghadapi Mid-Year Examination mereka. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Semua penuntutku sudah pun menjawab kertas soalan mereka, tidak ada yang ketinggalan pun. Kecuali seorang penuntut Tahun 11, yang sudah mengambil keputusan untuk berhenti sekolah.

Anyhow, talking about 'berhenti sekolah', tadi aku masuk kelasku seperti biasa. Aku terkejut apabila melihat kelasku itu kosong, hanya tinggal dua orang penuntut. Mereka memberitahuku bahawa rakan-rakan mereka yang lain sedang berada di Art Room, membuat projek Batik untuk O-level mereka. Aku berjumpa dengan guru Art mereka untuk mendapat kepastian, and yes, they've been there since morning. 'Rosak lagi lesson plan aku,' rungutku. So, I decided to sit down in class, and had a 'free talk' with these two students. Dengan niat untuk mengenali, mendalami dan memahami lagi situasi dan gaya hidup mereka di sana.

For one hour, I gained a lot. And I realised, reality is really really harsh. Mereka ini merupakan penuntut yang dikategorikan sebagai lemah di dalam pelajaran. And all that I could see was faces of giving up. As if they cannot improve further. Namun, aku dapat merasakan bahawa mereka sebenarnya ingin belajar cuma faktor keluarga dan kewangan membuatkan mereka menjadi bosan dan tidak bersemangat. Di dalam minda mereka hanya memikirkan, berhenti sekolah, cari kerja, dapat duit, bantu keluarga. Memang sedih sebenarnya memikirkan hal sebegini...  Sepatutnya golongan seperti ini memikirkan hal-ehwal maju di dalam pelajaran, bukannya sibuk mencari duit. Education is everything!

Aku sebagai guru baru mereka mencuba sedaya upaya untuk mendengar luahan hati mereka dan memberi kata-kata semangat yang boleh membantu menaikkan semangat mereka. Jauh di sudut hatiku, aku bersyukur kerana dilahirkan sebegini kerana ada lagi golongan yang jauh lebih susah dari aku. Luahan hati penuntut-penuntut ku tadi memberiku semangat baru agar sentiasa kuat untuk membantu dan membimbing mereka. As I have always told them before, "I believe you all can succeed given that you believe in yourselves". Hatiku sentiasa berdoa agar perjalanan hidup mereka akan sentiasa dipermudahkan oleh Allah dan semoga Allah akan sentiasa membantu mereka...

2 comments:

  1. I cried after reading ur post sister~ :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. You should read my latest post.. 5th June.

      Delete