Hari ini merupakan hari minggu yang paling sekejap bagiku. Entah mengapa pada hari ini, aku terasa waktu itu berjalan terlalu pantas. Bagaikan tidak sempat berkelip mata rasanya. Mungkin disebabkan aku bangun akhir tadi pagi. Jam 9:30 pagi. Manakan tidaknya, rasa penat selepas terlibat dengan acara Hari Keluarga di sekolah kelmarin masih terasa. Dan tadi pagi, aku dan sahabatku, Sut, menghadiri acara majlis persandingan sahabat lama kami sewaktu di UBD dulu... Qilah :) She is the first MPP to get married in our MPP family. Whee~ Tahniah Qilah~ Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Amin~ And I love her dress! So cute~ :)
Anyhow, di sepanjang aku menjadi guru sandaran di salah sebuah sekolah menengah di sini, aku telah banyak mempelajari dan mengalami pelbagai pengalaman yang mengajarku menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan penuh keyakinan. Setiap pagi, aku sentiasa mengingatkan diriku sendiri bahawa setiap hari merupakan hari yang baru. Yang berlalu, biarlah berlalu. Belajar dari kesilapan dan perbaiki kelemahan. Itulah yang sentiasa aku sematkan di mindaku. Dan so far, Alhamdulillah, hari-hariku berjalan dengan lancar.
Aku tidak pasti bagaimana dan macamana boleh perasaan sayang kepada para pelajarku sudah mulai timbul. Aku tidak faham macamana boleh ia terjadi. Sedangkan baru sebulan saja aku mengajar mereka. Entah, aku bagaikan dapat merasakan siatuasi mereka walaupun tidak sepenuhnya. Terutama pelajar yang low ability. Aku dapat melihat di dalam diri mereka ada perasaan low self esteem, walaupun hakikatnya mereka sungguh-sungguh nakal. Di sebalik wajah yang selalu ketawa dan bermain di dalam kelas itu, aku dapat melihat mereka yang memerlukan perhatian dari seorang guru. Memerlukan kasih sayang yang tidak mereka dapat dari rumah.
Aku hairan. Kerana mereka dari golongan kelas yang selalu dilabel oleh guru-guru lain sebagai kelas yang nakal, pemalas dan suka melawan cakap guru ini sebenarnya boleh jadi pandai. Mereka pernah mengadu padaku kerana ada guru mereka yang melabel mereka sebagai 'tidak pandai'. Bukankah kata-kata seorang guru itu bagaikan doa? Sama seperti kata-kata dari kedua ibu bapa? Jadi, kalau seorang guru itu melabel mereka sebagai penuntut yang bermasalah, sudah tentu mereka akan sentiasa menjadi penuntut yang bermasalah. Kerana tiada yang membantu mereka menyelesaikan masalah mereka. Bukankah seorang guru itu sepatutnya mempunyai sifat empathy?
Aku masih teringat kata-kata salah seorang guru kaunseling ketika kami mengadakan meeting di suatu ketika dahulu. "Kita sebagai guru bukan sahaja mengajar penuntut malah kita juga mendidik penuntut untuk menjadi pelapis generasi kita di masa akan datang". Sentiasa ku pegang kata-katanya itu. Memang susah mendidik anak orang tetapi sekiranya kita benar-benar ikhlas, dengan niat demi meraih keberkatan Allah kerana menyenangkan kehidupan manusia lain, insya Allah, akan dipermudahkan jua. Aku sendiri sedang mengalaminya. Aku mencuba dan terus mencuba untuk mendidik mereka dengan ikhlas dan penuh perhatian serta komited kerana mereka inilah bakal peneraju negara di masa hadapan.
Aku dahulu bukanlah seorang penuntut yang sentiasa mendapat markah cemerlang ketika di sekolah. Aku hanyalah penuntut biasa. Namun, aku percaya, dengan didikanku, penuntut ku sekarang akan boleh berjaya sekiranya mereka juga mahu berusaha bersamaku. Aku sering memberikan mereka dorongan dan kata-kata motivasi agar mereka percaya bahawa mereka juga boleh berjaya seperti orang lain.
Aku juga sering menanamkan sifat percaya dengan diriku sendiri bahawa aku boleh mengajar mereka dengan baik, walaupun hakikatnya aku seorang yang mudah gelabah. Terutama apabila mengajar topik yang susah seperti Transformation dan Vectors. Memang aku seorang yang mudah gelabah sekiranya apa yang aku hadapi adalah sesuatu yang sukar bagiku. Namun, aku sudah mulai pandai mengawal daya pemikiranku. Kerana 'kegelabahan'ku itu datangya dari pemikiran yang berkecamuk. Positive thinking yield positive results. Jadi, aku sering berkata dengan diriku sendiri, "You can do this". So, I believe that if I believe in myself, students will believe in me too, and hence, they also will believe in themselves. :)
Okaylah, terlebih panjang post ku malam ni. Yeah, I just need to get rid of all thoughts in my mind right now... Good night :)
No comments:
Post a Comment