Berdebar hati ini menanti saat itu. Saat yang selama ini menjadi doa di setiap sujudku. Ku perhatikan kedua wajah kesayanganku dan ku renung dalam-dalam wajah mereka, ingin memahami perasaan yang menyelubungi di benak mereka pada ketika itu. Aku pasti mereka merasa gemuruh di dalam hati kerana aku turut merasakannya. Namun, aku dapat melihat perasaan itu disembunyikan dengan senyuman yang sentiasa terukir di wajah mereka. Malah, wajah mereka nampak tenang. Hati ini tidak berhenti memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, memuji-muji kebesaranNya. Sungguh, Allah adalah sebaik-baik perancang. Aku hanya berdiri tersenyum, melemparkan pandanganku ke seluruh ruang tamu rumahku yang dipenuhi dengan ahli keluarga dan sahabat handai. Sudah tidak terasa lagi angin sejuk dari alat penghawa dingin di ruang tamu itu. Cuaca yang cerah pada petang Jumaat itu, disertai dengan panas mentari yang terik, ditambah lagi dengan sesaknya oleh kehadiran para tetamu yang memenuhi hampir kesemua ruang yang ada menambahkan lagi rasa hangat di dalam ruang tamu yang sesak itu. Acara boleh bermula bila-bila masa dan aku tidak mahu beganjak dari tempatku berdiri. Dua orang pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah, seorang lelaki, seorang perempuan sudah pun mengambil tempat duduk masing-masing. Seorang duduk berdekatan ibuku, dan seorang lagi duduk tidak jauh dari ayahku.
Alhamdulillah, pada 3 Ogos 2018, petang hari Jumaat, merupakan salah satu daripada detik bersejarah di dalam hidupku dan keluargaku. Hari itu berlangsungnya majlis pengislaman kedua ayahanda dan bonda kesayangan kami. Aku masih ingat lagi ketika ibuku memberitahuku, "Babahmu bagitau ia mau jadi walimu sudah kau kawin nanti". Waktu itu majlis perkahwinanku akan berlangsung dalam masa beberapa bulan saja lagi. Aku diam. "Tapi, ertinya kamu mesti masuk Islam tu Ma," ujarku kepada ibuku. Ibuku membalas, "Awu...Babah mu kan masuk Islam". Sebaik sahaja aku mendengar kata-kata itu kelar dari mulut ibuku, aku tersenyum. "Alhamdulillah, bah ambil tah borang. Kalau mau, aku ambilkan,"
Aku dan adik-adikku berdiri tidak jauh dari tempat duduk ibu dan ayah kami. Turut berdiri bersesak bersama para tetamu yang hadir. Lebih kurang jam 3 petang, acara dimulakan. Pegawai daripada Pusat Dakwah Islamiah memulakan mukaddimah dan doa sebelum memulakan majlis. Hatiku berdebar-debar menantikan saat itu. Seluruh tetamu yang hadir diam, bagaikan turut merasa debaran yang ku rasakan ketika itu. Dan saat itu pun tiba... "Asyhadu'ala'ilaaha'illallah...wa'asyhadu anna Muhammadurrasulullah..." kedengaran bait dua kalimah syahadah keluar dengan lancar dari mulut ayahku. Tidak lama kemudian, kedengaran pula suara ibuku melafazkan dua kalimah syahadah dengen lancar. Sebaik sahaja selesai kedua ibu dan ayahku melafazkan dua kalimah syahadah, keadaan ruang tamu masih lagi sunyi. Beberapa saat selepas itu, kedengaran suara esak perlahan-lahapn dari belakang dan hadapanku. Ku toleh ke belakangku, adik lelaki bongsuku sudah mengalirkan airmatanya. Di sebelahku, aku melihat wajah adik perempuanku bersinar bahagia. Dan adik lelakiku yang seorang lagi, hanya terdiam melihat kedua ibubapa kami. Dan tidak jauh dari situ, kedengaran esak tangis perlahan daripada ayah saudaraku dan juga ku lihat sahabatku yang hadir sudah mengalirkan airmatanya. Air mata bahagia. Air mata syukur.
Hatiku mengucapkan "Alhamdulillah...Allahu Akbar..." Aku tidak mampu menangis kerana hatiku terasa terlalu bahagia. Bahagia kerana kedua ibubapa kami sudah bersama kami. Kedengaran juga pada waktu itu ungkapan kalimah "Alhamdulillah" dari para tetamu. Seorang sahabat ayahku, yang juga merupakan seorang ustaz menawarkan dirinya untuk membacakan doa selamat penutup majlis. Ternyata, dia juga turut merasakan sebak di atas sempurna majlis pengislaman ibu dan ayahku. Dia menangis di dalam doanya, sehingga membuatkan para tetamu yang hadir turut merasa sebak. Suasana hari pada ketika itu bagaikan terasa ada para malaikat yang turut meraikan kembalinya kedua ibu dan ayahku ke jalan Allah yang lurus. Semuanya terasa indah, terasa bahagia, malah bagiku hari itu adalah hari yang paling istimewa di dalam hidup kami sekeluarga.
Alhamdulillah, akhirnya kini sempurna sudah keluargaku. Dahulunya kami hanya berempat, sekarang berenam. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah... Islam kini adalah pegangan hidup kami.

.....

Ya Allah, Kau ampunilah dosa kedua ibubapaku, kasihanilah mereka, berikan petunjuk buat mereka afiyatkan mereka dan berikanlah AnugerahMu untuk mereka...Ya Allah, Kau satukanlah kami hingga ke syurgaMu... Amin amin amin ya Rabbal alamin...
No comments:
Post a Comment